Saturday 9 April 2011

wanita.....


Janganlah lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, hati,fikiran dan perasaan lelaki akan rosak,
Masih mencari walaupun masih ada segalanya,
Apa yang tidak ada di syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa,
Pada wanitalah, lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan lelaki,
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus…..
Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan bayang yang ditunjukkan ALLAH,
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH,
Didiklah mereka dengan panduan daripadaNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Janganlah dihiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka smakin menderita,
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah,
Kenalkan mereka dengan ALLAH, zat yang kekal,
Di situlah punca kekuatan wanita,
Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia,
Kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan ALLAH,
Bisikkan ke telinga mereka,
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan,
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus malahan akan membengkok,
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya,
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru hara,
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya,
Jinakkan diri pada ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya,
Di bawah pimpinanmu,
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah az Zahra,
Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallah Wajhah….

No comments:

Post a Comment