Friday 22 April 2011

dengarlah wahai puteri...


Aduhai puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak
Perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa
Menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan
Jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman...


Gilaplah mutiara iman di hatimu, kerana di situlah letaknya ketenangan yang hakiki.

Hiasi diri dengan akhlak mulia, kerana dirimu adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

No comments:

Post a Comment