Monday 25 April 2011

UntUKmu AdAm


Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadapku?


Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam...seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu....jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi...Percayalah!!!....bukan emas kucari...bukan berlian yg kupinta....tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari
Hawa

Saturday 23 April 2011

menGaPa WaNiTa MudAH mENanGIs?


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam,
ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"


Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.


Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".


Friday 22 April 2011

dengarlah wahai puteri...


Aduhai puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak
Perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa
Menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan
Jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman...


Gilaplah mutiara iman di hatimu, kerana di situlah letaknya ketenangan yang hakiki.

Hiasi diri dengan akhlak mulia, kerana dirimu adalah sebaik-baik perhiasan dunia.

Tuesday 12 April 2011

saya mau nangis kuat2

bukan kerana kecewa tp juz maw melepaskan segala rasa n tekanan dlm diri..
lately i'd got  too much pressure n sume ni wat ak rasa serabut semacam...
salah satu cara nak wat aku tenang adalah menangis sepuas2nya...
tp yg lbh menyakitkan hati air mata ni susah plak nak kuar.....
Ya Allah plizzzzzzzzzzzz...aku mohon sgt2..
keluarkanlah air mata ini....ak nak sgt menangis semahu-mAhunya...
aku da xtahan.....

exam,exam,exam

oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
sem ni da sampai ke penghujungnya....mcm xcaye jep...tp itu adalah sebuah kenyataan....
rasa mcm baru je msk sem ni....dalam kepala pon still zero....camane la nk berdepan ngan final exam yg da hampir gila da ni....TAKUT, SERAM, SERIAU, NGERI, RUNSING, BIMBANG, GEMURUH, BERDEBAR, semua dicampur dalam satu adunan rasa yg cukup sebati dlm diriku tatkala exam hampir....
 papepun kita semua kena la rajin n terus berusaha utk memastikan kejayaan berada dlm genggaman kita.....
setiap insan berhak utk berjaya....
aku pon xterkecuali.....
hajat hati nak dpt gak dekan....tp entah la...bila tgk kepada kemampuan diri,msti rasa down coz bmbang ngan subjek managerial eco yg seakan add math( subjek kesukaan ramai)....

hope ak n kwn 2 berjaya mghdapi exam dgn baik n tenang serta akan dpt good result...
kita kena yakin kita boleh especially my beloved classmates members "D2BM2204MA"... good luck semua ye...

carilah rusukmu yg hilang....


Assalamualaikum...w.b.t
 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa  wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi  yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
 
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
 
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
 
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman'  tanpa 'superwoman'.
 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
 
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
 
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki  pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan  sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
 
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.
 
Wallahualam...
           

Monday 11 April 2011

peluang @ opportunity....

peluang dalam hidup kita ni sebenarnya ada cuma kita je xnampak....peluang 2 pula terbahagi kepada dua sama ada peluang ke arah kebaikan n peluang ke arah keburukan...kita sebenarnya boleh menilai semua 2 dengan waras coz kita semua ada akal utk berfikir, ada mata utk melihat n ada mulut utk berkata.....semua kelebihan pancaindera kita membantu kita utk melihat sebuah peluang itu dgn lebih luas.....Allah always with our sides.....setiap kali ditimpa bencana dlm kehidupan kita istighfar lah n ingat Allah itu Maha Adil....DIA boleh tarik sesuatu yang bernilai dlm hidup kita ttp xbermakna kehilangan itu akan mnjadikan kita insan lemah n xde semangat, sebaliknya kehilangan itu mnjadikan kita lbh kuat n sinar kebahagiaan akan timbul jua di kemudian hari....kita berhak memilih jalan hidup kita...so,pilih la yg terbaek.....jgn sesekali biarkan emosi mempengaruhi diri kita dalam membuat sesuatu keputusan...gunalah kebijaksanaan akal kita sbg aset bernilai utk menilai yang terbaek dlm hidup kitA....ramai antara kita memilih jalan negatif dlm hidup mereka krn mereka menutup segala deria mereka utk menilai sesuatu.....ramai yang memilih jln salah utk cepat kaya....sbb itu lah rasuah, pecah amanah,penyelewengan berleluasa saban hari......


peluang xkan datang berkali2 dlm kehidupan kita...oleh itu fikirlah n nilailah sesuatu dgn baik sebelumelakukan sesuatu coz angkara nafsu badan binasa....INGAT....peluang yg ada jgn disia2kan.....

Saturday 9 April 2011

anak mak

istilah anak emak ni menurut pengertian peribadi saya ialah anak yang terlalu rpat dengan ibunya dan menjadikan ibu mereka sebagai keutamaan dalam hidup mereka khususnya anak lelaki ....Memang benarlah anak emak ni jarang yang terlibat dengan masalah sosial coz mereka selalunya jenis yg menurut kata n nasihat ibunya......tapi kebanyakan anak gadis masa kini gerun  dengan lelaki yang bertitle anak emak....pada awal perkenalan mereka mungkin akan terpesona bila melihat  karakter lelaki tersebut sbg seorg anak yang baik ,tetapi andai ditakdirkan mereka berkahwin dengan lelaki yang berpangkat anak emak ini,kebanyakan gadis tersebut akan makan hati dgn sikap suami mereka yang terlalu melebihkan ibunya....kalau dikurniakan ibu mertua yang menyukai menantu wanitanya tentu x mnjadi satu permasalahan besar kepada mereka kerana byk rahsia dan masalah yang timbul blh dikongsi bersama ibu mertua....tetapi kalau dpt mak mertua yang cerewet n x anggap wanita itu sbg menantu favouritenya, ia akan menimbulkan perselisihan dan konflik antara menantu n mertua itu....BENAR!!!!syurga di bwh telapak kaki ibu,ttp sang suami perlu bijak memainkan peranan sbg seorg anak yang soleh n sbg seorg suami yang baik kerana mereka perlu sentiasa tahu bahawa wanita sukar utk bersatu walaupun sbg seorg menantu n mertua sekalipun.....oleh itu, disinilah pentingnya masing2 memainkan peranan dgn betul kerana agak sukar utk menjdi seorg suami yg bijaksana, seorg isteri yg matang n seorg mertua yg memahami....semuanya memerlukan satu tempoh masa yang lama....So, amalkanlah konsep give n take n sharing is caring n loving although sumtime sharing is scary walaupon dgn mertua sendiri...huhuhu....hope kt semua boleh menyesuaikan diri dgn baik with our mother in law.....

sekian......juz luahan peribadiku shaja.....